Kisah Rasulullah SAW sebagai Pengajaran kepada Kta…

1) Kalau ada pakaian yang koyak,
Rasulullah menampalnya sendiri tanpa
perlu menyuruh isterinya. Beliau juga
memerah susu kambing untuk keperluan
keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila
dilihat tiada makanan yang sudah siap
di masak untuk dimakan, sambil
tersenyum baginda menyinsing lengan
bajunya
untuk membantu isterinya di dapur.
Sayidatina ‘Aisyah menceritakan "Kalau
Nabi berada di rumah, beliau selalu
membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-
cepat berangkat ke masjid, dan
cepat-cepat pula kembali sesudah
selesai sembahyang."

4) Pernah baginda pulang pada waktu
pagi. Tentulah baginda amat lapar
waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa
pun yang ada untuk sarapan. Yang
mentah pun tidak ada kerana
Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan
ya Khumaira?" (Khumaira adalah
panggilan mesra untuk
Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai
yang
kemerah-merahan’)
Aisyah menjawab dengan agak serba
salah, "Belum ada apa-apa wahai
Rasulullah."
Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu
aku puasa saja hari
ini." tanpa sedikit tergambar rasa
kesal di wajahnya.

5) Sebaliknya baginda sangat marah
tatkala melihat seorang suami
memukul isterinya. Rasulullah
menegur, "Mengapa engkau memukul
isterimu?"
Lantas soalan itu dijawab dengan agak
gementar, "Isteriku sangat keras
kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap
degil, jadi aku pukul dia."
"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut
Nabi s. a. w. "Aku menanyakan mengapa
engkau memukul teman tidurmu dan ibu
kepada anak-anakmu?"

6) Pernah baginda bersabda, "sebaik-
baik lelaki adalah yang paling baik
dan lemah lembut terhadap isterinya."
Prihatin, sabar dan tawadhuknya
baginda dalam menjadi ketua keluarga
langsung tidak sedikitpun menjejaskan
kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi
imam solat. Dilihat oleh para
sahabat,pergerakan baginda antara satu
rukun ke satu rukun yang lain amat
sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup
seolah-olah sendi-sendi
pada tubuh baginda yang mulia itu
bergeser antara satu sama lain. Sayidina
Umar yang tidak tahan melihat keadaan
baginda itu langsung bertanya setelah
selesai bersembahyang,

"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-
olah tuan menanggung penderitaan yang
amat berat, tuan sakitkah ya
Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku
sihat dan segar."

"Ya Rasulullah…mengapa setiap kali
tuan menggerakkan tubuh, kami
mendengar seolah-olah sendi bergeselan
di tubuh tuan? Kami yakin engkau
sedang sakit…" desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat
jubahnya. Para sahabat amat terkejut.
Perut
baginda yang kempis, kelihatan dililiti
sehelai kain yang berisi batu
kerikil, buat menahan rasa lapar.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan
bunyi-bunyi halus setiap kali
bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan
menyatakan lapar dan tidak punya makanan
kami tidak akan mendapatkannya buat
tuan?"
Lalu baginda menjawab dengan
lembut, "Tidak para sahabatku. Aku
tahu, apa
pun akan engkau korbankan demi Rasulmu.
Tetapi apakah akan aku jawab di
hadapan ALLAH nanti, apabila aku
sebagai pemimpin, menjadi beban kepada
umatnya?" "Biarlah kelaparan ini
sebagai hadiah ALLAH buatku, agar
umatku kelak tidak ada yang kelaparan di
dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang
kelaparan di Akhirat kelak."

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung
sedikitpun makan di sebelah seorang
tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain
rida’nya direntap dengan kasar oleh
seorang Arab Badwi hingga berbekas
merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa
kehambaan baginda membasuh tempat yang
dikencing si Badwi di dalam masjid
sebelum menegur dengan lembut perbuatan
itu.

10)  Kecintaannya yang tinggi terhadap
ALLAH swt dan rasa kehambaan yang
sudah sebati dalam diri Rasulullah saw
menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11)  Seolah-olah anugerah kemuliaan
dari ALLAH langsung tidak dijadikan
sebab untuknya merasa lebih dari yang
lain, ketika di depan ramai mahupun
dalam keseorangan.

12)  Pintu Syurga telah terbuka seluas-
luasnya untuk baginda, baginda
masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi
malam hari, terus-menerus beribadah
hinggakan pernah baginda terjatuh
lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13)  Fizikalnya sudah tidak mampu
menanggung kemahuan jiwanya yang
tinggi.Bila ditanya oleh
Sayidatina ‘Aisyah, "Ya Rasulullah,
bukankah
engaku telah dijamin Syurga? Mengapa
engkau masih bersusah payah begini?"
Jawab baginda dengan
lunak, "Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini
hanyalah seorang
hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi
hamba-Nya yang bersyukur."

Rasulullah s. a. w.
bersabda,"SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN
SEPOTONG
AYAT.."

Leave a Reply