Archive for May, 2007

GANGGUAN TERHADAP KEIMANAN DAN CARA-CARA MENOLAKNYA

Thursday, May 31st, 2007

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله : "يأتي الشيطان
أحدكم فيقول: من خلق كذا؟ من خلق كذا؟ حتى يقول: من خلق الله؟ فإذا بلغه فليستعذ
بالله، وَلْيَنْتَهِ". وفي لفظ "فليقل: آمنت بالله ورسله" متفق عليه.

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
Syaitan mendatangi salah seorang daripada kamu lalu membisikkan: siapakah yang
menciptakan ini, siapakah yang menciptakan itu? Sehingga dia membisikkan lagi:
siapakah yang menciptakan Allah? Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila sampai pada
tahap ini, hendaklah dia berlindung dengan Allah dan hendaklah dia
memberhentikannya. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim). Dalam riwayat yang
lain: hendaklah dia berkata: Aku beriman dengan Allah dan Rasul-Nya.

Hadis ini menjelaskan syaitan mengganggu manusia dengan
kebatilan, sama ada was-was ke dalam hatinya atau melalui syaitan dari jenis
manusia. Syaitan sentiasa menyerang manusia yang tidak mempunyai mata hati
tentang soalan sebegini. Inilah tugas utama syaitan yang tidak disedari oleh
kebanyakan orang. Begitu juga golongan sesat yang merupakan syaitan dari
kalangan manusia mencampakkan keraguan dan kebatilan kepada orang-orang tidak
teguh keimanannya.

 

Seorang mukmin mestilah menghentikan was-was tersebut dari
terus mengganggunya kerana segala yang ada akan berakhir. Hanya Allah yang kekal
abadi, Dialah yang pertama, tidak sesuatu yang mendahului-Nya dan Dialah yang
terakhir yang tidak sesuatu selepas-Nya. Dialah yang mengadakan sekalian makhluk,
waktu dan tempat. Oleh itu, menjadi kewajipan mukmin untuk menghentikan
soalan-soalan meragukan yang akan membawa kepada menafikan kekuasaan Allah s.w.t.

Gangguan dalam bentuk was-was ini tidak lain hanya untuk
mengurangkan dan melemahkan iman seseorang yang akhirnya tewas dan tersungkur
dalam lembah keraguan dan kesyirikan. Malah was-was seperti ini mestilah dilawan
dengan keyakinan bahawa Dialah Allah yang Maha berkuasa yang mempunyai kekuasaan
mutlak. Keimanan kepada Allah dan RasulNya mestilah diteguhkan dengan cara
membenarkan apa sahaja yang dikhabarkan oleh al-Qur’an dan hadis-hadis sahih
Rasulullah s.a.w.

Baginda diperintahkan supaya sentiasa berlindung dengan Allah
s.w.t. dari gangguan syaitan. Allah s.w.t. berfirman:

وَقُلْ رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ .
وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَنْ يَحْضُرُونِ

Dan katakanlah: Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari
hasutan Syaitan-syaitan. Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya
Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku. (al-Mukminun: 97-98)

Dalam hal, selain dari meminta perlindungan dari syaitan,
seorang muslim mesti menggunakan sebaik-baiknya akal fikiran yang dikurniakan
oleh Allah s.w.t. untuk merenung dan memikirkan kejadian Allah s.w.t. Kewujudan
Allah s.w.t. tidak dapat dijangkau oleh akal kita yang lemah ini. Sebaliknya
fikiran kita hendaklah dipusatkan kepada tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t. yang
terbentang luas di hadapan kita; malah pada diri kita sendiri terdapat bukti
keagungan Allah s.w.t. Renunglah ayat-ayat al-Qur’an, semuanya menyuruh kita
berfikir bukan meragui. Keyakinan tidak akan dibina dengan syak wasangka, waham
dan pemikiran yang singkat. Keimanan dituntut agar diperbaharui, bukan
diruntuhkan. Allah s.w.t. berfirman:

سَنُرِيهِمْ آَيَاتِنَا فِي الْآَفَاقِ وَفِي أَنْفُسِهِمْ
حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ
عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ

Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan
Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri
mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah
benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi
mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? (Fussilat:
53)

وَفِي الْأَرْضِ آَيَاتٌ لِلْمُوقِنِين . وَفِي أَنْفُسِكُمْ
أَفَلَا تُبْصِرُونَ

Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan
kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,
Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta
memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)? (al-Zariyat:20-21)


Rasulullah s.a.w. yang merupakan doktor yang mengubat jiwa
manusia dan iman mereka telah menggariskan beberapa jalan untuk menghindari dari
gangguan syaitan-syaitan ini. Pertama, berhenti dari melayani gangguan ini.
Kedua meminta perlindungan dari Allah. Ketiga, meneguhkan diri dengan menyatakan
keimanan terhadap Allah.

Ketiga-tiga perkara ini merupakan benteng yang menangkis dari
sebarang bentuk kesangsian terhadap keimanan dan segala kesesatan. Oleh itu ia
mesti diberi perhatian dan penekanan yang penting. Kesimpulannya, hadis ini
termasuk di bawah prinsip meneguhkan dan memperkasakan keimanan.

MEMANTAPKAN KEIMANAN DENGAN ISTIQAMAH

Thursday, May 31st, 2007

عن سفيان بن عبد الله الثَّقفي قال: قلت "يا رسول الله، قل لي
في الإسلام قولاً لا أسأل عنه أحداً بعدك. قال: قل: آمنت بالله، ثم استقم" رواه
مسلم.

Daripada Sufyan bin Abdullah al-Thaqafi berkata bahawasaya
berkata: Wahai Rasulullah! Katakanlah kepadaku satu perkataan tentang Islam yang
aku tidak perlu bertanya kepada orang lain. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ucapkanlah
‘aku beriman dengan Allah’ kemudian beristiqamahlah." (hadis riwayat Muslim)

Sahabat ini bertanyakan kepada baginda satu ucapan yang
menghimpunkan segala kebaikan dan faedah yang membawa kejayaan abadi. Rasulullah
s.a.w. telah dikurniakan oleh Allah s.w.t kemampuan untuk menyampaikan ucapan
yang ringkas tetapi mengandungi maksud yang padat. Baginda menasihatkannya
tentang beriman dengan Allah s.w.t. yang merangkumi keseluruhan aqidah, amalan
hati, penyerahan diri kepadaNya dengan perbuatan-perbuatan secara berterusan
sampai akhir hayat yang dikatakan sebagai istiqamah. Hal ini selari dengan
maksud al-Qur’an:

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا
تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلا تَخَافُوا وَلا تَحْزَنُوا
وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ

 

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan
berkata; ‘Tuhan kami ialah Allah’ kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang
betul (dengan pengakuan iman dan tauhid, maka tidak ada kebimbangan terhadap
mereka dan mereka tidak pula akan berduka cita
. (Al-Ahqaf: 13)

Keimanan dan istiqamah ini akan menatijahkan keselamatan dari
segala bahaya dan memperolehi keredhaan Allah dengan memasuki syurga. Nas-nas
al-Qur’an dan al-Sunnah jelas menyatakan bahawa iman meliputi aqidah yang benar,
amalan hati seperti keinginan kepada kebaikan dan membenci kejahatan, perbuatan
anggota fizikal seperti solat, zakat, haji, menolong orang lain dan sebagainya.

Hadis ini menegaskan makna ayat di atas iaitu keimanan
hendaklah dinyatakan dengan ucapan dan juga tubuh badan. Iman tidak memadai
dengan keyakinan di dalam hati tanpa diisytiharkan dan didakwahkan kepada orang
lain. Begitu juga iman bukan sekadar ucapan yang bermain di bibir tetapi
merangkumi amalan hati, lidah dan tubuh badan. Pada diri muslim ini zahirnya
erti keimanan kepada Allah. Pernyataan sebagai beriman kepada Allah mestilah
ditegaskan dan sentiasa diteguhkan.

Keteguhan dalam keimanan akan menentukan ketepatan dalam
amalan-amalan iaitu dengan mengikhlaskan diri kepada Allah serta melakukannya
menurut petunjuk Rasulullah s.a.w. Amalan-amalan ini akan menjadi lebih sempurna
apabila dilakukan dengan penuh istiqamah dan keteguhan baik dalam apa jua
kebaikan. Halangan-halangan yang berlaku kepada seseorang tidak akan menyekatnya
dari terus mengabdikan diri kepada Allah baik ketika sakit atau sihat, senang
atau susah, dalam perjalanan atau di tempat sendiri. Ringkasnya, kita katakan,
istiqamah merupakan tanda kesempurnaan amalan mukmin yang merangkumi hati,
ucapan dan perbuatan.

Istiqamah menuntut seseorang itu menerima segala ajaran Islam
mengikut apa yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. tanpa mengurangkan,
menambahkan sesuatu yang bukan daripadanya, meminda-minda atau menukar ganti
dengan yang lain. Sebagaimana yang diperintah itulah yang dilaksanakan.

فَلِذَلِكَ فَادْعُ وَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَلَا تَتَّبِعْ
أَهْوَاءَهُمْ

 

Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka wahai
Muhammad kepada beragama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau
menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan janganlah engkau
menurut kehendak hawa nafsu mereka.
(Al-Syura:15)

Dan sabda Rasulullah s.a.w.:

عن أبي هريرة. قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم "قاربوا
وسددوا. واعلموا أنه لن ينجو أحد منكم بعمله" قالوا: يا رسول الله! ولا أنت؟ قال "ولا
أنا. إلا أن يتغمدني الله برحمة منه وفضل".

Hendaklah kamu bersederhana dan tetap lurus beristiqamah dan
ketahuilah seorangpun dari kalangan kamu tidak terselamat(dari neraka) dengan
amalannya. Lalu sahabat bertanya: Anda juga wahai Rasulullah?, baginda menjawab:
Ya, tidak juga saya melainkan Allah menyelimutiku dengan rahmat dan
limpahan-Nya.(hadis riwayat Muslim)

Apa yang penting kita mesti berusaha sedaya usaha kita dalam
keadaan mengharapkan rahmat dan kurniaan Allah s.w.t. kerana kita tidak
ditugaskan dengan sesuatu hukum melainkan dalam batas kemampuan kita. Sifat
berterusan patut dikekalkan dan itu lebih baik daripada amalan yang banyak
kerana semangat yang yang berkobar-kobar yang kemudiannya sepi tanpa penerusan.
Ibarat air paip yang kecil lebih baik daripada curahan air setangki yang
kemudiannya kering tidak ada walaupun setitik.

فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ

 

Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu
(Al-Taghabun: 16)

 

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ
تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

 

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah
dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam
keadaan Islam.
(Ali `Imran: 106)

Ketaqwaan perlu diusahakan dan dikekalkan sehingga akhir usia
kita sehinggalah kita meninggal dunia dengan penuh keimanan dan ketakwaan.
Kehidupan ini mesti ditempuhi dalam keadaan mengharapkan rahmat Allah dan rasa
takut kepada-NYa. Tidak ada jalan lain untuk memperolehi husnul khatimah
kecuali dengan meneguhkan keimanan dan beristiqamah di atas jalan hidayat dan
taqwa selagi hayat dikandung badan.

Pedoman

Wednesday, May 30th, 2007

* FIRMAN Allah bermaksud: "Dan katakan kepada
perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian
penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan
perhiasannya (tubuhnya) selain daripada yang nyata (mesti terbuka
daripada bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan
sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka
sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan
dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali
kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak
suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak
saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya
kepunyaannya, lel aki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak
mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpamanya pelayan-pelayan
lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada
perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat
perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui
orang perhiasannya yang tersembunyi (misalnya melangkah dengan cara
yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai
kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah, hai orang
yang beriman, supaya kamu beruntung." (Surah an-Nur, ayat 31)

* Wahai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak
perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai
baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka
mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Penyayang. (Maksud surah al-Ahzab, ayat 59)

* Wahai anakku Fatimah! Adapun pere mpuan-perempuan yang akan
digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka
itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki
yang bukan mahramnya. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

* Menurut Bukhari, Nabi Muhammad saw melaknat perempuan yang
mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan
bulu kening. (Hadis riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)

* Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian, kemudian melewati
suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah
dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina. (Hadis riwayat
Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)

    * Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. (Hadis riwayat at-Thabrani)

* Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi
cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

* Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah dengan memakai pakaian
yang tipis. Sabda Rasulullah: "Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis
yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan
kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Hadis riwayat Muslim dan
Bukhari.

* Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik
daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
(Hadis riwayat at-Tabrani dan Baihaqi).

Semoga anda mendapat iktibar dan pengajaran daripada petikan hadis di atas. Wallahu a’lam

Bidadari

Wednesday, May 30th, 2007

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah

kepada seorang lelaki yang memasuki

syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka

bidadari bagi suaminya adalah dikalangan

bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah

merupakan ketua akan segala

bidadari-bidadari tsb).

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan

yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini

merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan

sahabat-sahabat. Setiap manusia yang

mati wlaupun berapa umurnya maka akan ditanya

dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Kisah……

Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang

paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain

Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi

memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat

untuk berjihad pada agama Allah) katanya

siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia

akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling

cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu

seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin

sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut….

tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi

kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain.

Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang

yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan

tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat

yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi… tidur

bersama-sama….

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu

tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang

yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka

yang berseri2 lalu ditanyanya di manakah dia… lalu lelaki itu

menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan

hasrat untuk berjumpa dengan ‘Ainul Mardhiah… lalu ditunjuknya

di suatu arah maka berjalan dia… di suatu

pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia

lihat kecantikan begitu… takpernah dilihat

didunia ini… lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul

mardhiah… wanita itu menjawab ehh tidakk…

saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang

cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang

kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama

tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam

mahligai… lalu diberi salam dan di tanya lagi

adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab…eh tidakkk

saya hanya khadamnya di dalam mahligai

ini…ainul mardiah ada di atas mahligai sana,….. lalu dinaikinya

anak-anak tangga mahligai permata itu

kecantikkannya sungguh mengkagumkan… lalu dia sampai ke satu

mahligai dan mendapati seorang wanita yang

berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda

catiknya dari yang kedua…. dan tak pernah dia

lihat di dunia…. lalu wanita itu berkata… akulah ainul mardhiah,

aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk

aku…. bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab…

nantiii kamu belum syahid lagiiii……tersentak

itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan

segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun

begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini

kepada nabi SAW… tapi sekiranya dia shahid

barulah ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah

yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang

lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang

tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di

waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah

menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah

satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid

tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan

menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid

tadi… dalam menceritakan itu nabi menjawab benar…

benar…benar… dalam sepanjang cerita tersebut.

Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita

sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu

untuk berbuka puasa di syurga….

subhanallah…

Dajjal

Wednesday, May 30th, 2007


Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: "Rasululah s.a.w telah
berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak
menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: "Sesungguhnya tidak
ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada
fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT
ada mengingatkan>kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang
terakhir sedangkan kamu adalahumat yang terakhir. Dajjal itu tidak
mustahil datang pada generasi(angkatan) kamu. Seandainya dia datang
sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai
pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka
setiap orang menjaga dirinya.Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga
orang-orang mukmin.

"Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak.
Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah,
wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu
ciri-ciriDajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada
umatnya.

"Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah,
tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai
Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat
sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak
cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata
Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang
pandai membaca atau buta huruf.

"Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka.
Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka,
yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya,
hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia
membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk
sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.

"Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab:

"Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama
meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?" Orang
Arab itu akan berkata: "Tentu." Maka syaitan pun datang menyamar
seperti ayah atau ibunya.
Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu-bapanya
berkata kepadanya: "Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah
Tuhanmu."

"Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan
dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: "Lihatlah
apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan
dia semula.
Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah
Alaih itu bertanya: "Siapa Tuhanmu?" Orang yang dia bunuh itu, yang
kebetulan orang beriman, menjawab: "Tuhanku adalah Allah, sedangkan
engkau adalah musuh Allah." Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah
dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga."

Kata Rasulullah s.a.w lagi: "Di antara tipu dayanya juga dia suruh
langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh
bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan
termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke
perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai
Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan
mereka tidak menjadi.

 

"Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk

kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan
turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi. "Tidak ada
kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali
Makkah dan Madinah. Kedua-duakotaitu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal
kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran
Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan
di luar kota Madinah, kotaMadinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika
itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi
tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan
orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan
hari pembersihan kota

Madinah.

Dalam hadis yang lain, "di antara fitnah atau tipu daya yang
dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka
mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian
itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di
daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya
beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang
demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan
menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah
mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur."

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Menjelang
turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang
pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang
tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai."

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: "Bumi
yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia
dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada
waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga
kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan)
bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah.
Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang
dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti
tukang besi membersihkan karat-karat besi."

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan:

"Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang
menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: "Mengapa menangis?"
Saya menjawab: "Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka
saya takut mendengarnya." Rasulullah s.a.w berkata: "Seandainya Dajjal
datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari
gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak
buta dan cacat."

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Dajjal
muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang
agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari
terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan,
ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya
seperti hari biasa."

Ada yang bertanya: "Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun
itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?" Rasulullah s.a.w
menjawab: "Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu." Menurut
riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: "Akulah Tuhan sekalian alam, dan
matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?"
Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya
menjadi satu minggu atau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada

manusia: "Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?"
Mereka semua menjawab: "Ya, kami ingin." Maka dia tunjukkan lagi
kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan keluarlah
Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama
empat puluh.
Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan
atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang
rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu."

Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk
dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya
orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum
wanita.

Sabda Rasulullah : "Sebarkanlah walau seayat."

KuKu

Wednesday, May 30th, 2007

Dikatakan  bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya

Sama seperti memelihara sekandang babi, jika  kesemua jejari Kita

Menyimpan kuku yang  panjang….bayangkanlah dosa yang telah Kita

Tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut….potonglah kuku  anda.

Jangan simpan  kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya  jari

Kelingking Bagi orang Islam adalah tidak  sesuai berkuku panjang atas

Apa alasan sekalipun  kerana IA tidak membayangkan kesucian Dan IA juga

Bukan budaya Kita apatah lagi menggunakan tangan  untuk beristinjak.

Orang Melayu  yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh

Atau pun degil Dan suka melepak sebab diberi  makan bahan kotor yang

Berada di kuku jari emaknya  semasa menyediakan makanan seperti memerah

Santan  kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa  ilmu pun yang

Di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah.

Pasal tabiat  berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur

Dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang  bangkrap Dan rugi teruk adalah

Kerana mempunyai pekerja Dan  pemilik yang berkuku  panjang.

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau  hendak cari pasangan Dan hendak

Anak yang pandai  Dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang

Sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Maklumat tambahan, kuku panjang  mempunyai sejenis kuman seperti yang

Terdapat  dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak  akan

Hilang walaupun Kita mencuci tangan dengan  sabun. Oleh itu, sentiasalah

Berkuku pendek untuk kesihatan Dan  kebersihan diri  sendiri.


RASULULLAH S.A.W BERSABDA : YANG ERTINYA : Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu    : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk 

    kepadanya  penyakit

* Hari Ahad     : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk

    kemiskinan

* Hari Isnin     : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa  : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu    : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk

    kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya

    sembuh  dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari

    dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya

    rahmat daripada Allah Taala.

Cerita Tentang Solat

Wednesday, May 30th, 2007

Utamakan ISLAM daripada segala-galanya di atas muka bumi ini

Assalamualaikum wrt kpd sahabat2 ukhwatul muslimin dan muslimat…

Just to share something that is quite interesting….

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang

cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang ,

sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,

000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan

berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih
baik daripada aku?." Lalu Allah berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur

kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang

bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah
kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan
datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya
‘Muhammad.’
Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka
itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka
dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang
bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu
dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari
solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu,sedangkan
kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan

syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…" Kemudian Jibrail as meminta

izin kepada Allah untuk melihat syura Ma’waa. Setelah Jibrail as

mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan

mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua

sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah

malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan

lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan
sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam
sujud: "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan
setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau

kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan

kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu
terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan
sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah

kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan….."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan…

Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di    

   dalam Al-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan          

   Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam

   solat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di

   dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam Kalau

rajin… Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat

yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu

yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang

mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia…

Sakaratul Maut

Wednesday, May 30th, 2007


"Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana
kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam
mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa
ingatkan mati,akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya
dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat
keredhaan Allah. Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya
diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap
tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh
Allah di akhirat kelak.

Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat
dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Nabi ada bersabda,
maksudnya: "Bahawa Rasulullah mengingatkan tentang mati dan
keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya tiga ratus kali
tetakan pedang." Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan
kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah
tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan tiga
ratus tetakan.

Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada
isinya,pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah
hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini
tidak mampu menghilangkannya.

Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut,malah
beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu. Oleh itu, untuk
meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut, maka
digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan.

Antaranya:-

Sebelum tidur:

1) Bacalah surah   Al-Ikhlas tiga kali

2) Selawat ke atas Nabi

3) Membaca   tasbih

Amalan harian:

1) Sentiasa membaca   Al-Quran

2) Memelihara   solat terutama solat fardu

3) Menghormati (jangan bercakap) waktu azan   diperdengarkan

4) Membaca tasbih

5) Membanyakkan sedekah

6) Sentiasa   berzikir menyebut Allah

Amalan yang perlu dijauhi:

1) Dusta

2)   Khianat

3) Mengadu domba

4) Kencing berdiri

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Bersuci kamu sekalian dari buang
air kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab
buang air kecil."

Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris
as lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya dan
kemudian Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan untuk
Nabi Idris as mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih
mendalam dan teguh lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul
maut supaya mencabut nyawa nabi Idris dan meninggalkan ketika itu juga.
Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah)
menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah.

Setelah di dapati Nabi Idris as sudah hidup kembali, malaikatul   maut bertanya: "Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan

maut?"

Jawab   Nabi Idris: "Sesungguhnya ibarat terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup,   maka rasa sakit menghadapi maut itu

lebih dari 1000 kali sakitnya." Kata   malaikat maut: "Secara berhati-hati dan tidak kasar yang telah saya lakukan   khusus

mencabut nyawa engkau itu, belumlah pernah aku lakukan terhadap   seseorang pun."

Dirawayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan   beberapa orang yang telah mati dengan keizinan Allah. Maka

sebahagian orang   kafir berkata: "Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah   mati yang masih baru, yang

mungkin mereka itu belum benar-benar   mati.

Maka cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman   yang awal dulu." Kata Nabi Isa as:

"Cubalah kamu pilihkan?"

Mereka berkata:Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh)."
Maka Nabi Isa as pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat
dan berdoa kepada Allah. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi
rambut dan janggutnya sudah beruban. Nabi Isa as hairan kenapa jadi
begitu.

Berkata Sam bin Nuh: "Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira
hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi
putih seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat.

Berkata Nabi Isa  as: "Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?" 

Kata Sam: "Semenjak 4000  tahun lalu maka belumlah hilang sakit dari sakaratul maut."

Semoga kita dapat amalkan dan sampaikan.

Pedoman Kpd Wanita

Wednesday, May 30th, 2007

Sebagai  peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di

zaman Rasulullah, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita
untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi
ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka
berkumpul di Baabun Nisaa’. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi
memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi kesana , dan memberi salam
dan m beri tazkirah

seperti berikut:

"Assalamu’alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.  Wahai kaum wanita, aku lihat  kamu ini lebih banyak di  neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan  yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?’

Rasulullah SAW  menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat

kamu yang tidak elok  yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak  mengutuk/menyumpah

2. Kamu kufurkan kebaikan suami."

Kemudian  baginda SAW mengingatkan supaya :

1. Banyak beristighfar

2. Banyak  bersedekah.

Keterangan:

Yang dimaksudkan dengan  mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1

Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba,
akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus
agaknya."

Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan
wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas
rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2

Tengah  memasak gas habis. Kita mungkin berkata 

" Celaka punya gas. Masa ni jugak  nak habis."

Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I’tiqad  tetapi bererti

tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab  yang telah ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang
suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan ‘kufurkan kebaikan
suami’.

Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang
isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi
di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia
kehendaki, maka dia akan berkata ,

"Awak  ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak" (Terjemahan

langsung dari  Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan

dengan perkataan seperti berikut: 

"Selama  hidup dengan awak, apa yang  saya dapat?".][Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi,’Mana-mana isteri yang berkata, "Awak
ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur
pahala-pahala amalannya.’

Saranan  Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita

banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan
kita dari perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka
seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar
70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."
Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah
SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda
sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk
mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam
amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan  istighfar,

akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti
gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan
bererti berdukacita"

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu
hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga
termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak.

Sedekah

Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang  ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata/percakapan yang  baik.

Yang paling utama ialah terhadap    keluarga sendiri. Ertinya tidak

menyakitkan  hati.   Inilah rahsianya bagaimana hendak  menambat hati suami.

Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri  Rasulullah SAW yang

pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit
pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan
Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga
menimbulkan perasaan cemburu di kalangan isteri-isteri baginda.
Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada
Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah.
Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril,
"Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan
tuturkatanya".

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah. 

Juga  terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,

"Kamu  senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair Arab  yang berbunyi :

"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah,  lembutkan lidah."

Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW  marilah kita

bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat
sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka
itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

From Nazri

Tuesday, May 29th, 2007

Apakah dia istidraj itu?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah
kepada manusia  yang mana pemberian
itu tidak diredhaiNya. Inilah yang
dinamakan istidraj. Rasullulah s.a.w.
bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa
Allah Taala memberikan nikmat
kepada hambanya yang selalu membuat
maksiat (durhaka),  ketahuilah bahawa
orang itu telah diistidrajkan oleh Allah
SWT." (Diriwayatkan oleh
At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang
menyinar. Sahabat yang setia bagai
pewangi yang mengharumkan. Sahabat
sejati menjadi pendorong impian. Sahabat
berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

" Wanita dikahwini kerana empat perkara, iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama kerana ia lebih menguntungkan kamu (lebih utama)". (Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

SEORANG yg berakal sabar ketika menempuh segala kesulitan, tidak pernah mundur dalam berusaha untuk mencapai cita-citanya - MUSTHAPA AL-GHALYANI

HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI: Semalam ~ Sudah menjadi sejarah. Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan. Esok ~ Hari yang belum pasti. Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua. HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS: Nafas Naik. Nafas Turun. Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya. Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini. HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN : Hidup dalam keredhaan Allah. Hidup dalam kemurkaan Allah. HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT : Kekal di dalam neraka. Kekal di dalam syurga. Ingatlah…

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.

Mghindari kegelisahan - "Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat. Pertama; ke tempat org membaca al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya ataupun kamu sekadar mendengar pembacaan org lain. Kedua; kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah. Ketiga; kamu mencari satu waktu yang sunyi, contohnya di waktu mlm dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadat kepada Allah serta memohon kepadanya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kpdmu. Jika selepas melakukan kesemua itu jiwamu masih tidak tenteran, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukan hatimu."- Abdullah ibnu Masu’d

Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan. -Hadiah Terbaik : Kepada kawan - Kesetiaan Kepada musuh - Kemaafan Kepada ketua - Khidmat Kepada yang muda - Contoh terbaik Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan. Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan Kepada manusia - Kebebasan "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan

Di saat-saat resah, al-Quranlah yang paling mujarab, kerana ia adalah warkah cinta dari Pencipta. Allahlah kekasih yang paling memahami. Masakan tidak, Dialah Raja segala cinta kerana Dialah sebenarnya Pencipta cinta. Lihat! dengan sifat cintanya berkasih sayanglah semua makhlukNya. Betapa agungnya cinta Allah.” - Bajailah dan siramilah ukhuwah yang kita bina ini dengan siraman kasih sayang

 

Kucintakan para salihin tapi bukanlah aku kalangan merekaMoga dengan mereka kudapatkan syafaatnyaKubencikan para pelaku maksiat durhakaWalaupun perlakuanku sama seperti mereka

musuh tradisi.1 iblis,2 syaitan,3 nafsu,4 fikir sendiri,5 jin,6 dunia,7 makhluk.Makhluk akan sentiasa menentang tak suka org buat baik.Dunia ajakan dan godaan.Jin menguasai diri dan fikiran.Fikir sendiri sentiasa rasa diri betul.Nafsu mudah terjebak bila ada kepentingan diri,sanggup berkompromi dan gadai diri.Syaitan sediakan tempat utk berbuat dosa.Iblis menggunakan 6 kelemahan tadi untuk pesong jauhkan diri daripada Allah s.w.t

Sabda Rasulullah S.A.W. lagi, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan kepada keturunan anak-anak Adam lapan perkara, dan dari lapan itu empat perkara bagi penghuni syurga, iaitu: 1. Wajah yang manis dan berseri-seri. 2. Tutur kata yang bersopan. 3. Hati yang bertaqwa kepada Allah. 4. Tangan yang dermawan. Empat perkara bagi penghuni neraka: 1. Muka yang muram. 2. Tutur kata yang keji. 3. Hati keras yang engkar. 4. Tangan yang kedekut (bakhil). Sabda Rasulullah S.A.W., "Sendi tegaknya dunia adalah disebabkan empat perkara: 1. Dengan berilmunya para ulama. 2. Dengan keadilan orang yang menjadi pemerintah. 3. Dengan orang kaya yang dermawan. 4. Dengan doanya orang yang fakir."

Kata Saidina Ali Karamallahuwajhah: Dunia ini seumpama haiwan tunggangan orang mukmin,diatasnya orang mukmin tadi dapat meneruskan perjalanan untukberjumpa dengan Tuhannya, maka perbaikkanlah tunggangan-tunggangan kamu nescaya kamu boleh dibawa berjumpa dengan Tuhan kamu.

SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RADHIALLAHU
ANHU BERKATA: 1. Orang yang banyak
ketawa itu kurang wibawanya 2. Orang
yang suka menghina orang lain, dia
juga akan dihina 3. Orang yang
menyintai akhirat, dunia pasti
menyertainya 4. Barangsiapa menjaga
kehormatan orang lain, pasti
kehormatan dirinya akan terjaga

Teman yang paling baik adalah apabila
kamu melihat wajahnya, kamu teringat
akan Allah , mendengar kata-katanya
menambahkan ilmu agama, melihat gerak-
gerinya teringat mati..

Sebelum matamu terlelap dari kesibukan dunia, ingatlah Tuhanmu yang menjadikan siangmu diwarnai dengan cabaran sebagai TARBIYYAH dariNya. Yang menjadikan malammu indah dengan cinta, kasih & sayang dariNya. Apa yang didamba selain cinta seorang hamba buat sang PENCIPTA. Alunkan alunan zikrullah, basahkan lidahmu dengan rentak kalamullah. Moga kita menjadi perindu syahid sejati. INSYA-ALLAH”

REMPAH KARI ALLAGAPA; BABAS; SAKHTY & CAP MATA > > > > > > Keempat-empat jenama kari diatas tidak mengandungi lemak babi TETAPI > > > 40% > > > hasil > > > jualannya digunakan untuk membuat/menambah/ memperelok kuil-kuil di > > > Malaysia dan > > > juga sebagai pembiayaan untuk membunuh masyarakat Islam Gujerat India. > > > Itu lah > > > sebabnya kita melihat jenama kari ini berlumba-lumba menaja > > > rancangan-rancangan > > > hiburan TV (terutamanya lagu dan filem menaja Hindi)supaya bersesuaian > > > dengan > > > selera orang Melayu yang sejak dari dulu lagi lagu dan filem Hindi ini > > > ibarat > > > isi dengan kuku dan sudah sebati dengan jiwa mereka
 "aku lebih cintakan kematian agar dapatku bertemu dengan Allah. aku cintakan kemiskinan ini adalah kerana aku dapat merendah diri.aku juga cintakan kesakitan agar dosa-dosaku terampun". [-ABU DARDA
 
Orang yang tidur mesti dikejutkan, orang yang lupa mesti diperingatkan. Sesiapa yang tidak pernah mendapat nasihat dan peringatan maka dia sebenarnya telah mati. Peringatan itu begitu bermanfaat buat sesiapa yang menerima dengan hati yang mempunyai ciri-ciri " Dan tidak diberi peringatan melainkan sesiapa yang segera bertaubat.-Imam Abdullah bin Alwi al-Haddad al-Husaini
 
 Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka. Siapakah orang yang KEDEKUT ? Orang yang kedekut ialah yg xnk sebarkan ilmu pd org len  Dunia ini penuh ranjau dan dugaan, dunia ini penuh tipu daya dan syaitan, jangan anda lalai tanpa tujuan kerana dunia yang indah ini adalah persinggahan sementara untuk insan, dunia yang indah ini adalah ujian. (hukamak

 Dunia ini penuh ranjau dan dugaan, dunia ini penuh tipu daya dan syaitan, jangan anda lalai tanpa tujuan kerana dunia yang indah ini adalah persinggahan sementara untuk insan, dunia yang indah ini adalah ujian. (hukamak

Mghindari kegelisahan - "Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat. Pertama; ke tempat org membaca al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya ataupun kamu sekadar mendengar pembacaan org lain. Kedua; kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah. Ketiga; kamu mencari satu waktu yang sunyi, contohnya di waktu mlm dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadat kepada Allah serta memohon kepadanya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kpdmu. Jika selepas melakukan kesemua itu jiwamu masih tidak tenteran, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukan hatimu."- Abdullah ibnu Masu’d

bahawa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya. Kesembilan, kamu bangun dari tidur dan kamu menceritakan tentang keaiban orang lain dan kamu melupakan keaiban dirimu sendiri. Kesepuluh, kamu mengebumikan mayat tetapi kamu tidak mengambil pengajaran darinya."

Satu panduan yang boleh diterima ialah dari Ibrahim ibn Adham yang pernah pada suatu ketika berada di kota Basrah. Beliau ditanya tentang punca sesuatu doa tidak dimakbulkan oleh Allah. Beliau berkata, Pertama, kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan haknya. Kedua, kamu mengatakan bahawa kamu mencintai rasulullah tetapi kamu tidak mengikut sunahnya. Ketiga, kamu membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya. Keempat, kamu menerima nikmat Allah tetapi kamu tidak menunaikan syukurnya. Kelima, kamu berkata bahawa syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya. Keenam, kamu berkata bahawa syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya. Ketujuh, kamu berkata bahawa neraka itu benar tetapi kamu tidak melarikan diri daripadanya. Kelapan, kamu berkata

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
 

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar,berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita. Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda…..

 
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju ke Syurga."
 

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kitacuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu. Renungilah.. ..

selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita

Assalamualaikum sahabat2 muslim… ini ada berita terkini…. tau tak kek terkini yang dipromote oleh erra fazira tuh yang kat TV ada… kat jom heboh ada…. jangan dimakan…. haram….. sebab cuba baca bahan dia… ada E471 iaitu kod yang dah disahkan haram oleh persatuan pengguna islam (ada lemak babi). begitu juga dengan sosej. masih belum boleh dimakan kecuali sosej yang dikeluarkan oleh ramly dan ayamas sahaja…… pleasesebarkan pada kengkawan islam yang lain. memang ada tanda halal… tapi tanda halal boleh didapatkan dimana-mana jer. cara rasuah pun boleh dapat….please… makanan haram punca masalah keruntuhan akhlak umat islam sekarang…hati jadi keras. sembahyang pun tuhan tak terima… apalagi bila jadi darah daging. mudah terima agama yang lain.
 
Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar ma’ruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya adalah sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat adalah sedekah. (Hadis Riwayat At Tirmizi dan Abu Dzar)
 
SESUNGGUHNYA MATI DI MEDAN PERANG LEBIH BAIK DARI LARI,SESUNGGUHNYA KITA TIDAK DAPAT LARI DARI QADA’ DAN QADAR,LEBIH BAIK MATI DARI TERUS DI HINA,SESUNGGUHNYA TIKAMAN TOMBAK DI HADAPAN DADA LEBIH MULIA DARI TOMBAK YANG DI TIKAM DI BELAKANG.

Firman Allah bermaksud: "Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal" Al-Hujurat:13.
 

HIKMAH PAGI "Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (QS 47:7):)

 

SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RADHIALLAHU ANHU BERKATA: 1. Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya 2. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina 3. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya 4. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga

Akar dari kesalahan itu ada tiga. Pertama, kesombongan. Itulah yang menyebabkan iblis mengalami apa yang ia alami. Kedua, keserakahan, dan itulah yang mengeluarkan Adam dari Surga. Ketiga, kedengkian, dan itulah yang menjadikan salah satu anak Adam membunuh saudaranya. Maka barangsiapa berlindung dari keburukan tiga akar kesalahan itu, sesungguhnya ia telah melindungi dirinya dengan sebenar-benarnya. Kerana kekafiran itu bersumber dari kesombongan. Karena kemaksiatan itu sumbernya keserakahan. Sedang kezhaliman itu sumbernya kedengkian." (Ibnu Qoyyim)