Archive for April, 2007

1April07

Sunday, April 1st, 2007

Apabila pulang ayahnya berkata : “ Wahai Amin (gelaran yang diberikan oleh ayahnya), janganlah kamu menyangka aku lupa bahawa semua buku-buku tersebut bukanlah silibus untuk kamu. Harga buku silibus kamu tidak sampai 37 Qurus sahaja. Tetapi, wahai anakku, semoga Allah memanfaatkan kamu dengan buku-buku ini.” Pesan ayah syeikh sya’rawi padanya

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju ke Syurga."

Belajar daripada orang yang bijak. Seseorang itu jahil sekiranya dia berpuas hati dengan hujah orang jahil. Siapakah orang bijak? Sesungguhnya dia adalah orang yang di dalam hatinya sentiasa mengingati saat-saat kematian, mereka sentiasa takut untuk melakukan perkara-perkara sumbang. Siapakah orang yang jahil? Dia ialah orang yang sentiasa memikirkan yang dia akan hidup selama-lamanya.

Imam Malik berkata: “Aku melihat Allah meletak cahaya dalam hatimu, kerana itu jangan kamu padamkan dengan kegelapan maksiat.”

Saat Muaz ibn jabal diutus ke Yaman sebagai pendakwah Islam di sana, Baginda Rasulullah SAW mengusap air matanya sambil bersabda yang bermaksud: “Mengapa engkau menangis wahai Muaz? Jawab Muaz: Hamba sedih berpisah denganmu wahai Rasulullah. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Jangan sedih wahai Muaz, sesungguhnya kesedihan itu sebahagian daripada syaitan. Wahai Muaz, bertakwalah kepada Allah di manapun kamu berada. Iringi keburukan itu dengan kebaikan nescaya keburukan itu dihapus oleh kebaikan dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmizi dan Imam Ahmad)

Kenapa setiap yg kita inginkan pasti ada penghalangnya.Adakah krn byknya dosa kita pada Al-Khalid?atau kita hanya mengejar bayang-bayang disenya hari?Semoga hidup mu sentiasa bahagia teman .. created by Nazri

Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat.. ALLAH tahu betapa kamu tlh mncuba sdya upaya.. Bila tangisanmu brpnjgn dan hatimu kedukaan.. ALLAH telah mengira setiap titis air matamu.. Bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa.. ALLAH sentiasa menunggu taubatmu.. Bila kau telah mencuba segalanya ttp msh xbrhasil.. ALLAH mgmplkn segalanya utk satu saat yang xtrduga.. Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman.. ALLAH telah berada hampir padamu utk krniakn kejayaan hakiki.. Hidup ini indah jika brsama ALLAH