Mengaut Untung Besar Dalam Masa Seminit

March 29th, 2008 by madli

—- Anda
boleh membaca surah al-Fatihah sebanyak 5 kali.

 

‏عن ‏عبد الملك بن عمير ‏قال
قال رسول الله ‏ ‏صلى
 الله عليه وسلم ‏ ‏في ‏ ‏فاتحة الكتاب ‏‏ شفاء من كل داء (سنن الدارمي)

Diriwayatkan daripada Abdul
Malik bin Umair, katanya sabda Rasulullah SAW: Di dalam surah al-Fatihah
terdapat penawar untuk semua penyakit. 

 

***

 

— Anda boleh
membaca surah al-Ikhlas sebanyak 15 kali.

 

عن النبي صلى الله عليه وسلم
قال‏:‏ ‏من قرأ قل هو الله أحد حتى يختمها عشر مرات بنى الله له قصرا في الجنة فقال
عمر بن الخطاب إذا أستكثر يا رسول الله فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم الله
أكثر وأطيب‏ (مسند إمام أحمد)

Diriwayatkan daripada Nabi SAW
sabda baginda: Sesiapa yang membaca ayat “Qul huwallahu ahad..” sehingga akhir (surah
al-Ikhas) sepuluh kali, nescaya Allah membina istina untuknya di syurga. Lalu
Umar bin al-Khattab berkata: Jadi saya akan memperbanyakkannya. Jawab baginda:
Perbanyakkanlah dan perelokkanlah.” 

 

***

 

— Anda boleh
membaca 20 kali:

لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له
الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير

 

عن أبي أيوب الأنصاري رضي
اللّه عنه، عن النبيّ صلى اللّه عليه وسلم قال‏ من قال:

‏ ‏لا إله إلا الله 
وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء 
قدير 
عشر 
مرار 
كان 
كمن أعتق أربعة أنفس من ولد ‏إسمعيل (صحيح البخاري، صحيح مسلم)


Diriwayatkan daripada Abu Aiyub al-Ansariy RA,
daripada Nabi SAW bahawa sabda baginda: Sesiapa yang membaca “Lailahaillah
wahdahu la syarikalah….”; sepuluh kali maka ia seolah-olah memesrdekan empat
orang hamba dari keturunan Nabi Ismail.” 


 

***

 

— Anda
boleh menyebut 100 kali:

سبحان الله وبحمده

 

‏عن ‏ ‏ابن عمر ‏ ‏قال ‏قال
رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏ذات يوم ‏ ‏لأصحابه ‏ ‏قولوا سبحان الله وبحمده
مائة مرة من قالها مرة كتبت له عشرا ومن قالها عشرا كتبت له مائة ومن قالها مائة
كتبت له ألفا ومن زاد زاده الله (سنن الترمذي)

Diriwayatkan daripada Ibn Umar
katanya, pada suatu hari Rasulullah SAW bersabda kepada sahabat-sahabat baginda:
katakanlah: Subhanallahi wabihamdih … seratus kali, dicatatkan untuknya sepuluh.
Sesiapa yang menyebutnya sepuluh kali, dicatatkan sertatus. Sesiapa yang
menyebutnya seratus kali, dicatatkan untuknya seribu. Sesiapa yang melebihkan,
maka Allah akan menambah untuknya.   

 

***

 

— Anda boleh
menyebut lebih dari 40 kali:

لا حول ولا قوة إلا بالله

 

لا حول ولا قوة إلا بالله كنز
من كنوز الجنة‏.‏
 رواه الشيخان عن أبي موسى،

“Lahaula wala quwta illa billah
adalah daripada khazanah syurga.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu
Musa). 

 

من قالها نظر الله إليه ومن
نظر الله إليه أعطاه خير الدنيا والآخرة،
 

Dalam riwayat yang lain terdapat
penambahan: Sesiapa yang menyebutnya, nescaya Allah memandang kepadanya. Sesiapa
yang Allah pandang padanya, nescaya Allah memberi kebaikan dunia dan akhirat
kepadanya.” 

 

ورواه الطبراني عن جابر بلفظ
لا حول ولا قوة إلا بالله دواء من تسعة
 وتسعين داء أيسرها الهم‏.‏ (كشف الخفاء ومزيل الإلباس)

Hadis yang sama juga
diriwayatkan oleh al-Tabarani daripada Jabir dengan lafaz: Lahaula wala quwta
illa billah adalah penawar untuk 99 penyakit, yang paling mudahnya ialah
dukacita.

 

***

 

— Anda boleh
menyebut lebih dari 10 kali:

سبحان الله وبحمده عدد خلقه، ورضا
نفسه، وزنة عرشه، ومداد كلماته

 

‏عن ‏جويرية ‏أن النبي ‏صلى
الله
 
عليه وسلم ‏خرج من عندها ‏ ‏بكرة ‏
‏حين صلى الصبح وهي في مسجدها ثم رجع بعد أن
 أضحى وهي جالسة فقال ما زلت
على الحال التي فارقتك عليها قالت نعم قال النبي ‏ ‏صلى
 الله عليه وسلم ‏
‏لقد ‏ ‏قلت
 
بعدك أربع كلمات ثلاث مرات لو وزنت بما
قلت منذ اليوم لوزنتهن سبحان الله وبحمده عدد
 خلقه ورضا نفسه وزنة عرشه ‏
‏ومداد ‏(صحيح مسلم)

Diriwayatkan
daripada Juairiah, Umm al-Mukminin r.‘a., bahawa Nabi s.‘a.w. keluar dari
sisinya pada suatu pagi, sesudah baginda solat subuh, sementara Juairiah masih
di tempat solatnya, kemudian baginda pulang ketika waktu dhuha, sedang dia masih
duduk di tempatnya, lalu baginda bertanya: “Engkau masih lagi dalam keadaan ini
sebagaimana aku tinggalkan engkau tadi?” Jawab Juairiah: “Ya!” Lantas Nabi
s.‘a.w. bersabda: “Demi sesungguhnya, selepas aku tinggalkan engkau tadi, aku
telah membaca empat kalimat sebanyak tiga kali, andainya kalimat-kalimat itu
ditimbang dan dibandingkan dengan apa yang engkau baca sepanjang pagi ini,
tentulah dapat menyamainya iaitu: Subhanallahi wabihamdihi…

 

***

 

— Anda boleh
beristighfar kepada Allah lebih dari 100 kali.

استغفر الله العظيم

 

عن ‏عبد الله بن عباس‏ ‏قال‏ ‏قال رسول الله ‏
‏صلى
 
الله عليه وسلم من لزم‏ ‏الاستغفار جعل الله له من كل
هم فرجا ومن كل ضيق مخرجا ورزقه من حيث لا يحتسب (سنن أبو داود)

Daripada Abdullah bin Abbas,
katanya: Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang lazim beristighfar, nescaya Allah
melapangkannya dari segala kekusutan, mengeluarkannya dari kesempitan dan
memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka.

 

***

 

— Anda boleh
berselawat kepada Nabi sebanyak 20 kali.

اللهم صل على سيدنا محمد

 

Sabda
Rasulullah SAW:

‏من صلى علي صلاة واحدة صلى
الله عليه عشر صلوات ‏ ‏وحطت ‏ ‏عنه عشر خطيئات ورفعت
 له عشر درجات

“Sesiapa yang berselawat
kepadaku sekali, Allah berselawat kepadanya (memberi rahmat) kepadanya sepuluh
kali, menghapuskan sepuluh kesalahannya dan mengangkatnya sepuluh darjat.”(Hadis
Riwayat Anas bin Malik; Sunan al-Nasaiy)

 

***

 

- Anda boleh
menyebut sebanyak 50 kali:

سبحان الله وبحمده، سبحان الله العظيم

 

Sabda
Rasulullah SAW:

كلمتان خفيفتان على اللسان
ثقيلتان فى الميزان حبيبتان إلى الرحمن

:
سبحان الله و بحمده، سبحان
الله العظيم
 

“Dua kalimah yang ringan untuk
disebut pada lisan, berat dalam timbangan, dan disukai oleh al-Rahman: Maha Suci
Allah dan dengan segala puji bagiNya, Maha Suci Allah yang Maha Agung. (Riwayat
Abu Hurairah; Sahih al-Bukhari)

 

- Anda boleh
menyebut sebanyak 50 kali:

لا إله إلا الله

 

Ia adalah
kalimah yang agung.   

عن جابر قال: سمعت 
رسول الله 
يقول: أفضل الذكر: لا إله إلا الله (رواه الترمذي 
وقال: حديث حسن)

Diriwayatkan daripada Jabir katanya,
aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Zikir yang paling afdhal ialah
lailahaillah


 

***


 

— Anda boleh
menyebut sebanyak 25 kali:

سبحان الله، والحمد لله، ولا إله إلا
الله والله أكبر

 

Sabda
Rasulullah SAW:

أحب الكلام إلى الله أربع لا
يضرك بأيهن بدأت سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر 

“Terdapat empat kalimah yang
paling disukai Allah, tidak salah bagi kamu untuk memulakan menyebut mana-mana
satu darinya iaitu: Maha Suci Allah, Segala puji hanya bagi Allah, tiada tuhan
melainkan Allah; dan Allah Maha besar.” (Riwayat Muslim)

 

***

 

— Anda juga
boleh menadah tangan berdoa meminta apa sahaja kepada Allah SWT.

 

Sabda
Rasulullah SAW:


ما من مسلم يدعو الله بدعوة ليس فيها
إثم ولا قطيعة رحم إلا أعطاه الله بها إحدى ثلاث إما أن تعجل له دعوته في الدنيا
وإما أن تدخر له في الآخرة وإما أن يصرف عنه من الشر مثل ذلك قالوا يا رسول الله
إذا نكثر قال الله أكثر (
مسند
أحمد)
 

Tiada sesiapa daripada seseorang
muslim yang berdoa kepada Allah bukan tujuan dosa atau memutuskan hubungan
persaudaraan melainkan Allah berikan kepadanya salah satu dari tiga perkara:
Ditunaikan segera permintaanya di dunia, dijadikan sebagai simpanan untuk
bekalan di akhirat, atau pun dihindarkan daripadanya keburukan yang seimbang
dengan permintaanya. Para sahabat berkata: Oleh itu kami akan memberbanyakkanya. 

 

إن
ربكم تبارك وتعالى حيي كريم يستحي من عبده إذا رفع يديه إليه أن يردهما صفرا (صحيح
الترمذي)

Sesungguhnya Tuhan kamu yang
maha tinggi, amat malu dan maha mulia. Dia malu terhadap hambanya yang menadah
doa tangan berdoa kepadanya untuk menolak tanpa apa-apa.

Kisah Rasulullah SAW sebagai Pengajaran kepada Kta…

March 24th, 2008 by madli

1) Kalau ada pakaian yang koyak,
Rasulullah menampalnya sendiri tanpa
perlu menyuruh isterinya. Beliau juga
memerah susu kambing untuk keperluan
keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila
dilihat tiada makanan yang sudah siap
di masak untuk dimakan, sambil
tersenyum baginda menyinsing lengan
bajunya
untuk membantu isterinya di dapur.
Sayidatina ‘Aisyah menceritakan "Kalau
Nabi berada di rumah, beliau selalu
membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-
cepat berangkat ke masjid, dan
cepat-cepat pula kembali sesudah
selesai sembahyang."

4) Pernah baginda pulang pada waktu
pagi. Tentulah baginda amat lapar
waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa
pun yang ada untuk sarapan. Yang
mentah pun tidak ada kerana
Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan
ya Khumaira?" (Khumaira adalah
panggilan mesra untuk
Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai
yang
kemerah-merahan’)
Aisyah menjawab dengan agak serba
salah, "Belum ada apa-apa wahai
Rasulullah."
Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu
aku puasa saja hari
ini." tanpa sedikit tergambar rasa
kesal di wajahnya.

5) Sebaliknya baginda sangat marah
tatkala melihat seorang suami
memukul isterinya. Rasulullah
menegur, "Mengapa engkau memukul
isterimu?"
Lantas soalan itu dijawab dengan agak
gementar, "Isteriku sangat keras
kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap
degil, jadi aku pukul dia."
"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut
Nabi s. a. w. "Aku menanyakan mengapa
engkau memukul teman tidurmu dan ibu
kepada anak-anakmu?"

6) Pernah baginda bersabda, "sebaik-
baik lelaki adalah yang paling baik
dan lemah lembut terhadap isterinya."
Prihatin, sabar dan tawadhuknya
baginda dalam menjadi ketua keluarga
langsung tidak sedikitpun menjejaskan
kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi
imam solat. Dilihat oleh para
sahabat,pergerakan baginda antara satu
rukun ke satu rukun yang lain amat
sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup
seolah-olah sendi-sendi
pada tubuh baginda yang mulia itu
bergeser antara satu sama lain. Sayidina
Umar yang tidak tahan melihat keadaan
baginda itu langsung bertanya setelah
selesai bersembahyang,

"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-
olah tuan menanggung penderitaan yang
amat berat, tuan sakitkah ya
Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku
sihat dan segar."

"Ya Rasulullah…mengapa setiap kali
tuan menggerakkan tubuh, kami
mendengar seolah-olah sendi bergeselan
di tubuh tuan? Kami yakin engkau
sedang sakit…" desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat
jubahnya. Para sahabat amat terkejut.
Perut
baginda yang kempis, kelihatan dililiti
sehelai kain yang berisi batu
kerikil, buat menahan rasa lapar.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan
bunyi-bunyi halus setiap kali
bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan
menyatakan lapar dan tidak punya makanan
kami tidak akan mendapatkannya buat
tuan?"
Lalu baginda menjawab dengan
lembut, "Tidak para sahabatku. Aku
tahu, apa
pun akan engkau korbankan demi Rasulmu.
Tetapi apakah akan aku jawab di
hadapan ALLAH nanti, apabila aku
sebagai pemimpin, menjadi beban kepada
umatnya?" "Biarlah kelaparan ini
sebagai hadiah ALLAH buatku, agar
umatku kelak tidak ada yang kelaparan di
dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang
kelaparan di Akhirat kelak."

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung
sedikitpun makan di sebelah seorang
tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain
rida’nya direntap dengan kasar oleh
seorang Arab Badwi hingga berbekas
merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa
kehambaan baginda membasuh tempat yang
dikencing si Badwi di dalam masjid
sebelum menegur dengan lembut perbuatan
itu.

10)  Kecintaannya yang tinggi terhadap
ALLAH swt dan rasa kehambaan yang
sudah sebati dalam diri Rasulullah saw
menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11)  Seolah-olah anugerah kemuliaan
dari ALLAH langsung tidak dijadikan
sebab untuknya merasa lebih dari yang
lain, ketika di depan ramai mahupun
dalam keseorangan.

12)  Pintu Syurga telah terbuka seluas-
luasnya untuk baginda, baginda
masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi
malam hari, terus-menerus beribadah
hinggakan pernah baginda terjatuh
lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13)  Fizikalnya sudah tidak mampu
menanggung kemahuan jiwanya yang
tinggi.Bila ditanya oleh
Sayidatina ‘Aisyah, "Ya Rasulullah,
bukankah
engaku telah dijamin Syurga? Mengapa
engkau masih bersusah payah begini?"
Jawab baginda dengan
lunak, "Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini
hanyalah seorang
hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi
hamba-Nya yang bersyukur."

Rasulullah s. a. w.
bersabda,"SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN
SEPOTONG
AYAT.."

anjing vs pompuan

March 11th, 2008 by madli

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam
ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je
aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh? kenapa?

ANJING: Aku lalu tepi dua orang
manusia lelaki dan perempuan yang
sedang berkepit. Tetiba si lelaki
terperanjat dan terus melompat dan
berkata "Hoi anjing, pergi jauh-jauh,
najis!".

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis
tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pon,
kalau dia tersentuh aku, boleh
disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba
awek dia tu apa? Boleh ke nak samak
dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg
bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah,
lebih dahsyat kenajisannya daripada
memegang ko anjing, malah tak boleh
suci sekalipun disamak.

ANJING: Wah.. ayat ko memang power
la… manusia kena ubah
pepatah "Pandai macam LEMBU"

Sedikit Penjelasan:
Daripada satu hadis yang diriwayatkan
daripada ibnu majah menyatakan
bahawa "Bergomolan dengan babi
(khinzir) itu adalah lebih baik
berbanding dengan bersentuhan (secara
sengaja) dengan wanita yang bukan
mahram". Bersentuhan (dengan sengaja &
apatah lagi bertujuan syahwat)adalah
berdosa dan wajib bertaubat (bagi
membersihkan dosa). Sedangkan
menyentuh anjing tidaklah berdosa dan
hanya perlu disuci (bukan bertaubat).
Menyentuh anjing bukanlah satu
kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi,
menyentuh wanita bukan mahram adalah
berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain
yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala
yang ditusuk dengan besi itu lebih
baik daripada menyentuh kaum yang
bukan sejenis yang tidak halal
baginya’. (Riwayat At Tabrani dan
Baihaqi)

"Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah
sama orang-orang yang mengetahui
dengan orang-orang yang tidak
mengetahui? Sesungguhnya orang-orang
yang dapat mengambil pelajaran dan
peringatan hanyalah orang-orang yang
berakal sempurna". (Surah Zumar: 9)

Ciri2 Orang Kafir

January 6th, 2008 by madli

ciri2 orang kafir

1)iktikadnya…sama ada nikmat,atau hakikat…ingkar perintah Allah s.w.t

jika seseorang itu tidak sembahyang kerana dia tidak mahu semayang tetapi percaya bahawa sembahyang itu adalah wajib, maknanya dia kufur nikmat

tetapi,jika seseorang itu tidak sembahyang serta menolak hukum sembahyang,mknanya ternyatalah dia kufur hakikat…

orang kafir ini pada hakikatnya ialah kafir di sisi Islam…

mereka ini dikenakn azab yg amat menghinakan di akhirat kelak…

2)mbeza2kn iman antara Allah dan Rasul…

seseorang yg beriman kepada sesetengah rasul sahaja..

sbg contoh..hnya beriman kepada nabi Muhammad s.a.w tetapi tidak beriman kepada nabi Isa a.s dan sebaliknya…
salah~ ini fahaman kafir…sebagai seorang mukmin yg sejati,kita hendaklah beriman kepada semua Rasul dan para2 Nabi yg diutus oleyh Allah s.w.t

3) mengambil sesetengah jalan…

contohnya seperti tadi… mengambil sesetengah sumber sahaja(beriman kepada sesetengah rasul) shj…

 

sebagai seorang Mukmin..kita tidak mempunyai alasan di akhirat kelak samada kita tidak mempunyai petunjuk…sesungguhnya Allah s.w.t telah mengutuskn kita utusan-Nya…iaitu junjungan Nabi Muhammad s.a.w utk membimbing kita serta menurunkan Al-Quran sebagai sumber rujukan…

setakat sini dahulu..sekian

Keberkatan

December 28th, 2007 by madli

agama islam berbeza dgn agama laen..
kt mna?

haaaaaaaaa…tang nie ah..keberkatan…
agama islam satu2nya agama yg berikan panduan utk mendapatkn keberkatan dan kepentingan keberkatan itu…

kita dituntut utk menuntut keberkatan ketika makan…cuba tgk balik tejemahan doa makan…

dan juga semasa kita berpuasa…kita bersahur utk mendapatkn keberkatan….

semasa kita melawat @ menghadiri majlis perkahwinan…kita dituntut mendoakan pengantin…tgk balik terjemahan doa tersebut
semuanya utk meminta keberkata…mendoakan keberkatan…

apa2 sahaja yg kita lakukan hendaklah mmpunyai keberkatan…klau tidak laen jadinya..

cuba lihat pula ketika kita sembahyang…kita sekali lagi meminta keberkatan utk junjungan kita…nabi Muhammad saw semasa kita selawat keatasnya..

jika kita tidak selawat sekalipon,Baginda tetap mendapat keberkatan…jadi mengapa kita selawat ke atas Baginda?

mudah2han nnti,Baginda mendapat kesejahteraan dan keberkatan dan kita juga mendapat keberkatan dan syafaat drpd Baginda…. insyaAllah..amin..

jika di sesuatu tempat itu terdapat orang yg bertakwa,maka terbukala pintu rahmat dari langit dan bumi dan malaikat akan datang

berkat Allah swt sangat penting…  jika kita dilaknat Allah swt, kadang kala,bukan kita sahaja terkena laknat tersebut…boleh jadi sampai tujuh keturunan..
datuk yg buat nnti cucu cicit yg kena sama…

orang yg pergi ke masjid dengan niat utk menuntut ilmu agama, pahalanya umpanya kita menunaikan haji dan umrah di Mekah..bernilai RM 10,000 tu~!!!

bayangkn…

para2 sahabat dahulu byk mendapat ilmu terutamanya di masjid…bukan di universiti, politeknik…

marilah sama2 kita pergi ke masjid…kerana..ilmu agama yg disampaikan di masjid tidak ditapis…x seperti yg disebarkan melalui media2.surat khabar,internet dan di televisyen…malahan pula..orang2 di masjid…baek2 belaka..

ayuh…

Meditation of the Prophet

December 20th, 2007 by madli

When becoming humiliated, remember the Prophet (sallallahu alayhi wasallam) in Ta’if.

When being starved, remember the Prophet (sallallahu alayhi wasallam) tying two stones to his stomach in the battle of Khandaq.

When
becoming angry, remember the Prophet (sallallahu alayhi wasallam)’s
control of anger on the martyrdom of his beloved Uncle Hamza.

When losing a tooth, remember the Prophet (sallallahu alayhi wasallam)’s tooth in the battle of Uhud.

When
bleeding from any part of the body, remember the Prophet (sallallahu
alayhi wasallam)’s body covered in blood on his return from Ta’if.

When feeling lonely, remember the Prophet (sallallahu alayhi wasallam)’s seclusion in Mount Hira .

When feeling tired in Salaat, remember the Prophet (sallallahu alayhi wasallam)’s blessed feet in Tahajjud.

When being prickled with thorns, remember the Prophet (sallallahu alayhi wasallam)’s pain from Abu Lahab’s wife.

When being troubled by neighbours, remember the old woman who would empty rubbish on the Prophet (sallallahu alayhi wasallam).

When losing a child, remember the Prophet (sallallahu alayhi wasallam)’s son, Ibrahim.

When beginning a long journey, remember the Prophet (sallallahu alayhi wasallam)’s long journey to Madinah.

When
going against a Sunnah, remember the Prophet (sallallahu alayhi
wasallam) (sallallahu alayhi wasallam)’s intercession, (Ummati, Ummati,
Ummati) (My Ummah).

When sacrificing an animal, remember the
Prophet (sallallahu alayhi wasallam) (sallallahu alayhi wasallam)’s
sacrifice of 63 animals for his Ummah.

Before shaving your beard, remember the Prophet (sallallahu alayhi wasallam)’s face rejecting the two beardless Iranians.

When
falling into an argument with your wife, remember the Prophet
(sallallahu alayhi wasallam)’s encounter with Aisha and Hafsa.

When experiencing less food in the house, remember the Prophet (sallallahu alayhi wasallam)’s days of poverty.

When experiencing poverty, remember the Prophet (sallallahu alayhi wasallam)’s advice to Ashaab-e-Suffa (People of Suffa).

When losing a family member, remember the Prophet (sallallahu alayhi wasallam)’s departure from this world.

When becoming an orphan, remember the Prophet (sallallahu alayhi wasallam)’s age at six.

When sponsoring an orphan, remember the Prophet (sallallahu alayhi wasallam)’s sponsor for Zaid ibn Haritha.

When fearing an enemy, remember the Prophet (sallallahu alayhi wasallam)’s saying to Abu Bakr in Mount Thour .

Whatever
situation you may find yourself in, remember your role model, the best
of creation: Prophet (sallallahu alayhi wasallam) Muhammad.

Whatever
you may do, remember that your deeds are presented before our Prophet
(sallallahu alayhi wasallam). Are we pleasing him or displeasing him?

 

Why do we read Quran, even if we can’t understand a single Arabic word????

December 20th, 2007 by madli

This is a beautiful story of an
Old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern
Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early
sitting at the kitchen table reading his Qur’an. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.  
One day the grandson asked, "Grandpa! I try to read the Qur’an
just like you but I don’t understand it, and what I do understand I
forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur’an do?"  
The
Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied,
"Ta ke this coal basket down to the river and bring me back a basket of
water."  
The
boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back
to the house. The grandfather laughed and said, "You’ll have to move a
little faster next time," and sent him back to the river with the
basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket
was empty before he returned home. Out of breath, he told his
grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he
went to get a bucket instead. The old man said, "I don’t want a bucket
of water; I want a basket of water. You’re just not trying hard
enough," and he went out the door to watch the boy try again.  
At
this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his
grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would
Leak out before he got back to the house. The boy again dipped the
basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the
basket was again empty. Out of breath, he said, "See Grandpa, it’s
useless!"  
"So you think it is useless?" The old man said, "Look at the basket."  
The
boy looked at the basket and for the first time realized that the
basket was different. It had been transformed from a dirty old coal
basket and was now clean, inside and out.  
"Son, that’s what happens when you read the
Qur’an.
You might not understand or remember everything, but when you read it,
you will be Changed, inside and out. That is the work of Allah in our
lives."  
If you feel this email is worth reading, please forward to your contacts/friends. Prophet
 
Muhammad (pbuh) says: "The one who guides to good will be rewarded equally"
 

Kisah Golongan masuk syurga tanpa dhisab..

June 3rd, 2007 by madli

Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:
        "Apabila telah datang hari kiamat, maka didatangkan 4 golongan manusia di sisi                 pintu syurga tanpa dihisab dan disiksa, mereka ialah ;
        1. Orang alim yang mengamalkan ilmunya.
        2. Seorang haji yang sewaktu menunaikan haji tidak melakukan sebarang perkara                 yang membatalkan hajinya.
        3. Orang yang mati syahid di dalam peperangan.
        4. Dermawan yang mengusahakan harta yang halal dan membelanjakannya di jalan Allah tanpa riya.
        Keempat-empat golongan ini berebut-rebut untuk mendahului memasuki syurga, kemudian Allah memerintahkan kepada Jibrail A.S. menghakimi mereka.
        Berkata Jibrail A.S. kepada orang mati syahid, "Apakah yang telah kamu lakukan sewaktu  di dunia sehingga kamu hendak masuk ke syurga?"
        Berkata orang yang mati syahid, "Aku telah terbunuh dalam peperangan kerana mencari keredhaan Allah."
        Berkata Jibrail A.S., "Dari siapa kamu mendapat tahu tentang pahala orang yang mati syahid?"
        Orang yang mati syahid menjawab,"Aku mendengar daripada alim ulama."
        Berkata Jibrail A.S. lagi, "Jagalah kesopanan, jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu."
        Kemudian Jibrail A.S. bertanya kepada yang mengerjakan haji, "Apakah yang kamu telah lakukan di dunia dahulu sehingga kamu hendak masuk ke syurga?"
        Berkata yang berhaji,"Aku telah menunaikan haji semata-mata kerana Allah."
        Berkata Jibrail A.S., "Siapakah yang memberitahu kamu tentang pahala haji?"
        Berkata yang berhaji, "Aku mendengar dari alim ulama."
        Berkata Jibrail A.S. lagi, "Jagalah kesopananmu, jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu."
        Berkata Jibrail A.S. kepada penderma pula, "Apakah yang kamu lakukan sewaktu kamu di dunia dulu?"
        Menjawab si penderma, "Aku telah banyak menderma semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T."
        Jibrail A.S. berkata lagi, "Siapakah yang memberitahumu tentang pahala orang yang menderma kerana Allah?"
        Berkata si perderma, "Aku mendengarnya dari para alim ulama."
        Maka Jibrail A.S. pun berkata, "Jagalah kesopananmu, jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu."
        Kemudian orang alim berkata, "Ya Tuhanku, tidaklah boleh aku menghasilkan ilmu kecuali dengan sebab sifat kasih dermawan dan kebaikan orang yang dermawan itu."
        Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud, "Telah benar kata si alim itu, bukakanlah pintu syurga supaya si dermawan masuk dahulu. Kemudian barulah orang-orang lain masuk."
        Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda, "Keutamaan orang alim di atas ahli ibadah itu seperti keutamaan saya di atas orang yang paling rendah di antara kamu."
        Allah S.W.T. berfirman, maksudnya, "Aku Maha Berilmu dan Aku suka kepada orang yang berilmu."
        Al Hassan r.a. berkata, "Tinta para ulama itu ditimbang pada hari kiamat dengan darah orang-orang mati syahid, dan tinta para ulama akan menjadi lebih berat daripada darah para syuhada."

    Rasulullah S.A.W. bersabda, "Jadilah engkau orang alim (yang mengajar) atau orang yang belajar atau orang yang mendengar (pelajaran). Janganlah engkau menjadi orang yang keempat, akan rosaklah engkau."
        Orang bertanya kepada Rasulullah S.A.W., "Amal apakah yang paling utama?"
        Rasulullah S.A.W. menjawab, "Berilmu tentang Allah."

    Sabda Rasulullah S.A.W. lagi, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan kepada keturunan anak-anak  Adam lapan perkara, dan dari lapan itu empat perkara bagi penghuni syurga, iaitu:
1. Wajah yang manis dan berseri-seri.
2. Tutur kata yang bersopan.
3. Hati yang bertaqwa kepada Allah.
4. Tangan yang dermawan.
Empat perkara bagi penghuni neraka:
1. Muka yang muram.
2. Tutur kata yang keji.
3. Hati keras yang engkar.
4. Tangan yang kedekut (bakhil).

        Sabda Rasulullah S.A.W., "Sendi tegaknya dunia adalah disebabkan empat perkara:
1. Dengan berilmunya para ulama.
2. Dengan keadilan orang yang menjadi pemerintah.
3. Dengan orang kaya yang dermawan.
4. Dengan doanya orang yang fakir."

Amiin….

Iblis Datang Mengganggu Ketika Sakaratul Maut

June 3rd, 2007 by madli

… Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.
Hadith Rasulullah SAW. menerangkan:
Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut.”
Rombongan 1
    Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 2
    Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 3
    Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.
Rombongan 4
    Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya
Rombongan 5
    Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.”
    Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.
Rombongan 6
    Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?”
Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.”
Berkata ulamak Iblis: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami.”
    Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: “Bagaimanakah Zat Allah?” Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena.
Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu.”
    Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.
Berkata Iblis: “Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.”
Berkata orang yang dalam sakaratul maut: “Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini.”
    Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.
Rombongan 7
    Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.
    Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.
    Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.”

Budaya Pelajar Cemerlang

June 2nd, 2007 by madli

SEMUA orang
        mengimpikan kejayaan dan kecemerlangan di dalam apa juga lapangan yang
        mereka ceburi. Bagi seorang pelajar, kejayaan bermakna mendapatkan keputusan
        cemerlang dalam peperiksaan. Namun begitu, ramai yang berpendapat amatlah
        sukar untuk mencapai kecemerlangan ini. Benarkah tanggapan ini?
       
        Islam adalah agama yang mementingkan umatnya menuntut ilmu pengetahuan.
        Seorang yang berilmu lebih ditakuti oleh Syaitan daripada seribu orang
        ahli ibadah. Dari wahyu yang pertama lagi, penekanan terhadap menuntut
        ilmu sudah diberitakan oleh Allah. Dan Islam juga telah memberi garis
        panduan bagi kita untuk mencapai kecemerlangan di dalam menuntut ilmu.
       
       
        Di sini, saya sertakan apa yang telah saya pelajari dari sebuah ceramah
        yang saya hadiri, yang disampaikan oleh Ustaz Dr Badrul Amin, seorang
        penceramah yang tidak asing lagi di kalangan remaja dan pelajar semua.

      

 

      

ASAS KECEMERLANGAN SESEORANG
        ISLAM

       
        Untuk cemerlang dalam pelajaran, seseorang pelajar Islam mesti mempunyai
        sifat-sifat yang disebutkan di bawah ini:

      

1. Beriman
        2. Berilmu
        3. Beramal

      

Ketiga-tiga sifat ini bukan saja kunci kejayaan bagi
        seorang pelajar Islam, tetapi ia juga kunci kejayaan di dalam semua bidang.

      

 

      

IMAN
       
        Setiap pelajar Islam mestilah mempunyai kepercayaan dan keyakinan penuh
        kepada Allah. Untuk itu, hendaklah seseorang pelajar itu memahami kandungan
        Rukun Iman, iaitu percaya kepada Allah, malaikat Allah, rasul-rasul Allah,
        kitab-kitab Allah, hari kiamat dan takdir Allah. Pelajar janganlah letakkan
        keyakinan dan kepercayaan ke atas perkara lain yang tidak disebutkan di
        atas ini.

      

Percaya kepada Allah
       

        Kita mesti yakin bahawasanya Allah adalah tuhan kita, dan tiada tuhan
        selain Allah Yang Esa. Inilah perkara pertama yang Rasulullah s.a.w. ajarkan
        kepada umat manusia, iaitu ilmu Tauhid, ilmu mengenal Allah. Allah memiliki
        segala-galanya dan berkuasa di atas segalanya. Apa yang kita miliki, seperti
        kekuatan dan kepandaian sebenarnya bukanlah milik kita, tetapi ia adalah
        hak mutlak Allah. Allah boleh mengambil kembali nikmat-nikmat ini daripada
        kita dengan sekelip mata saja. Sebab itulah kita digalakkan supaya banyak
        bersyukur di atas segala pemberian-Nya dan mengikiskan sifat sombong yang
        ada dalam diri kita.

      

Percaya kepada Rasul
       
        Allah telah mengutuskan para Rasul untuk mengajar dan memimpin manusia
        ke jalan yang benar. Mereka membawa bersama mereka ajaran agama untuk
        disampaikan kepada manusia. Selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w., para
        ulama menggantikan tempat baginda. Oleh itu, kita mesti menghormati para
        ulama dan asatizah kita dan selalu berdamping dengan mereka.

      

Percaya kepada Kitab-kitab Allah
       
        Allah telah menurunkan kitab-kitab-Nya kepada manusia sebagai panduan.
        Kitab-kitab Allah yang wajib kita ketahui ialah Taurat (diturunkan kepada
        Nabi Musa a.s.), Zabur (Nabi Daud a.s.), Injil (Nabi Isa a.s.) dan Al-Qur’an
        (Nabi Muhammad s.a.w.). Apabila Al-Qur’an diturunkan, secara automatis
        ia membatalkan kitab-kitab yang terdahulu kerana Al-Qur’an adalah the
        latest edition of God’s Book
, maka kitab-kitab terdahulu menjadi obselete.
        Seperti juga bila komputer Pentium muncul di pasaran, komputer model 486
        tidak lagi digunakan kerana sudah lapuk dan ketinggalan zaman untuk kegunaan
        hari ini.
       
        Setiap orang Islam digalakkan untuk membaca dan menguasai Al-Qur’an kerana
        ia mendatangkan kesan yang positif ke atas minda. Di dalam sejarah manusia,
        hanya orang Islam saja yang dapat menghafal kitab agama mereka, iaitu
        kitab Al-Qur’an. Ini adalah suatu pencapaian yang tidak dapat dilakukan
        oleh penganut agama-agama lain. Malah, seorang pendakwah Islam dari Afrika
        Selatan bernama Ahmad Deedat, bukan saja berjaya menghafal Al-Qur’an,
        malah dia juga dapat menghafal kitab Bible yang orang Kristian sendiri
        tidak berjaya menghafal. Kebolehannya ini membolehkan beliau berdakwah
        dan berhujah kepada orang Kristian, dengan menggunakan dalil-dalil dari
        Al-Qur’an dan Bible.

      

Petua menguatkan akal
       
        Membaca Al-Qur’an dapat menguatkan akal pembacanya. Ustaz Badrul Amin
        kemudian menerangkan petua untuk menguatkan akal:

      

1. Selepas membaca Al-Qur’an, baca surah Al-Fatihah
        sekali.
        2. Kemudian letakkan tapak tangan di atas ubun-ubun kepala lalu
        ucapkan "Ya Qawiy" 14 kali dalam satu nafas. "Qawiy"
        bererti "Yang Kuat", dan ia adalah salah satu daripada 99 nama
        Allah.
        3. Selepas itu, tangan masih di atas kepala, ucapkan "Ya Matin"
        14 kali dalam satu nafas. "Matin" juga adalah nama Allah yang
        bererti "Yang Teguh".
        4. Banyakkan memakan makanan manis yang bukan sugar-based,
        seperti kismis, madu, kurma dan sebagainya.
        5. Kurangkan memakan makanan masam.

      

Dengan mengamalkan petua ini, mudah-mudahan para pelajar
        semua dapat mempertingkatkan kekuatan dan keteguhan minda agar dapat memahami
        dan menghafal fakta-fakta pelajaran dengan lebih berkesan lagi.

      

 

      

ILMU
       

        Untuk menjadi pelajar cemerlang, sifat cinta pada ilmu mestilah ada. Ilmu
        yang dimaksudkan di sini bukanlah sekadar ilmu duniawi, tetapi ilmu ukhrawi
        juga perlu juga. Ilmu, walaupun apa bentuknya, berasal dari sumber yang
        satu, iaitu dari Allah.
       
        Pelajar mestilah ghairah menuntut ilmu, dan ilmu yang ingin dipelajari
        itu mestilah ilmu yang bermanfaat. Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang
        dapat mengangkat martabat kita, baik di dunia mahu pun di akhirat. Ini
        termasuk juga ilmu sekular seperti Matematik dan Sains. Ilmu yang merendahkan
        martabat kita, seperti ilmu menipu dan mencuri, tak usahlah dituntut.

      

Enam syarat untuk menguasai ilmu
       
        Dari sebuah syair tulisan Imam As-Syafie (terjemahan oleh Ust. Badrul
        Amin):

      

Wahai pelajar zaman sekarang
        Menuntut ilmu bukanlah senang
        Enam syarat mesti dipegang
        Kalau nak jadi pelajar cemerlang
       
        Akal yang sihat paling utama
        Tamak haloba mesti bersama
        Tabah dan sabar, wang pun ada
        Petunjuk guru, masa yang lama.

      

1. Akal yang sihat
       
        Kesihatan akal adalah sesuatu yang sangat utama. Sebab itulah Islam mengharamkan
        melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan akal, seperti meminum
        arak, menyalahgunakan dadah dan sebagainya.
       
        Selain daripada itu, Islam juga mengharamkan apa juga jenis hiburan yang
        melalaikan kita daripada melaksanakan kewajipan kita sebagai orang Islam.
        Hiburan yang keterlaluan boleh membuat kita khayal dan ada juga yang boleh
        merosakkan pemikiran kita, seperti bahan-bahan lucah dan porno. Filem-filem
        bercorak khayalan seperti filem science fiction/fantasy misalnya memberikan
        gambaran realiti yang salah dan boleh mempengaruhi fikiran kanak-kanak.
       
       
        Akibatnya, berlakulah peristiwa seperti kanak-kanak yang terjun dari tempat
        tinggi selepas menonton filem-filem seperti Superman kerana ingin meniru
        aksi wira filem tersebut.

      

2. Sifat tamak dalam mencari ilmu
       
        Sifat tamak, jika digandingkan dengan proses menuntut ilmu, menjadi satu
        sifat yang sangat mulia. "Tamak" bermaksud tidak cukup dengan
        apa yang ada. Ini bermakna, di dalam mencari ilmu, kita mesti tanamkan
        sifat tidak puas dan selalu tidak cukup. Tetapi hendaklah dimaklumkan,
        "tamak" bukan bermaksud "kedekut". "Kedekut"
        ertinya bakhil, tidak mahu memberi. Sifat kedekut dalam mencari ilmu adalah
        ditegah. Padahal, semakin banyak ilmu yang kita kongsi bersama, semakin
        banyak yang akan kita pelajari darinya.

      

3. Tabah dan sabar
       
        Tidak dapat dinafikan bahawa belajar bukanlah sesuatu yang mudah. Memang
        kita selalu saja mendapati yang ada kalanya kita tidak dapat memberi tumpuan
        yang sewajarnya kepada pelajaran, mungkin akibat terlalu penat dan sebagainya.
       
       
        Hendaklah kita sentiasa tabah dan sabar di dalam mengharungi dugaan ini.
        Biarlah kita bersusah-susah dahulu, asalkan bersenang-senang di kemudian
        hari. Janganlah cepat patah semangat dan putus-asa, kerana untuk mendapatkan
        hasil yang kita ingini, hendaklah dengan kesabaran. Ia adalah seperti
        menunggu buah durian gugur dari pohonnya. Seandainya buah itu dijolok
        sebelum masanya untuk gugur, buah durian tadi tetap tidak boleh dimakan
        kerana masih belum masak. Samalah juga seperti menuntut ilmu yang juga
        memerlukan ketabahan dan kesabaran.

      

4. Faktor wang
       
        Faktor kewangan merupakan sesuatu yang penting juga di dalam menuntut
        ilmu. Wang diperlukan untuk membayar yuran sekolah dan membeli peralatan
        sekolah seperti buku, alatulis dan sebagainya. Pelajar yang mempunyai
        masalah kewangan selalunya terpaksa menghadapi banyak masalah untuk meneruskan
        pelajaran mereka.
       
        Namun begitu, terlalu banyak wang juga boleh mendatangkan masalah. Bila
        wang sudah ada di tangan, seseorang akan berfikiran yang bukan-bukan.
        Wang dibelanjakan kepada perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat,
        seperti membeli rokok dan melepak di tempat-tempat seperti arked, pusat
        membeli-belah dan panggung wayang.
       
        Para pelajar juga digalakkan untuk mengamalkan budaya menabung wang untuk
        memupuk sifat berjimat cermat dan tidak boros di dalam berbelanja.

      

5. Petunjuk guru
       
        Islam memberi penghormatan kepada insan bergelar guru. Islam mengajar
        kita supaya sentiasa menghormati guru kita, tidak kira apa matapelajaran
        yang diajarnya. Adalah menjadi pantang bagi anak murid untuk melawan atau
        menderhaka kepada guru. Seorang murid yang memusuhi gurunya tidak akan
        mendapat keberkatan (irsyad) dari ajaran gurunya itu. Kebelakangan ini,
        kita sering terbaca kisah-kisah murid yang melawan guru. Malah ada juga
        ibu bapa yang bergaduh dengan guru anak-anak mereka kerana tidak setuju
        dengan kaedah displin yang dikenakan oleh guru ke atas anak-anak mereka
        yang nakal. Ini adalah suatu perkembangan yang menyedihkan.
       
        Istilah guru ini juga termasuk ibu kita kerana ibu adalah guru kita yang
        pertama mendidik kita. Maka seorang pelajar juga mesti menjaga hati ibunya,
        dan juga hati guru-gurunya.

      

6. Masa yang lama
       
        Kalau diperhatikan proses pendidikan di sekolah, kita dapati ia mengambil
        masa yang agak lama; 6 tahun di peringkat rendah dan 4 tahun di peringkat
        menengah. Ilmu tidak dapat ditimba dalam masa yang singkat. Seseorang
        yang ingin menuntut ilmu hendaklah mengorbankan masa yang agak lama. Untuk
        menjadi doktor, seseorang itu mesti belajar hingga ke peringkat universiti
        dan lulus dengan ijazah. Proses ini mengambil masa sekurang-kurangnya
        15 tahun jika dikira dari peringkat darjah satu. Untuk menjadi seorang
        alim (plural: ulama) pula, tidak cukup dengan belajar ilmu ukhrawi selama
        dua atau tiga tahun saja.
       
        Demikianlah penjelasan 6 syarat yang diajarkan oleh Iman As-Syafie kepada
        kita menerusi syairnya itu.

      

 

      

AMAL
       

        Selain daripada beriman dan berilmu, seorang pelajar cemerlang juga mestilah
        beramal soleh. Rukun Islam mesti dipelajari dan diamalkan. Solat fardhu
        janganlah ditinggalkan, biarpun sibuk macam mana sekali pun. Sebagai seorang
        pelajar yang beragama Islam, seseorang itu mesti mempunyai pendirian yang
        teguh dan tidak boleh kompromi mengenai perkara yang bersangkut dengan
        ajaran dan amalan Islam.
       
        Selain dari solat, seorang pelajar yang mahu cemerlang mestilah memperbanyakkan
        berdoa dan meminta kepada Allah. Allah amat menyayangi hamba-hamba-Nya
        yang selalu meminta kepada-Nya. Pada waktu yang sama, ambillah sedikit
        masa untuk belajar dan mengamalkan doa-doa harian.
       
        Seorang pelajar yang mahu cemerlang juga mesti mencegah dirinya daripada
        melakukan perkara-perkara yang haram. Cubalah hindarkan diri dari melakukan
        dosa kecil mahupun dosa besar.
       
        Dengan mengikuti panduan ini, insya-Allah, jiwa dan akal kita akan dapat
        ditumpukan sepenuhnya untuk belajar. Dengan bantuan Allah, tidak mustahil
        semua pelajar Islam dapat menjadi pelajar cemerlang.

      

 

      

Penulis: Nor Herman Maryuti
        (untuk Majalah Al Islam, 2000)